Sunday, 4 March 2012

Keciknya awk!

opsss...kecik? besar? kurus? gemuk? sebetulnya hari ini bukan nak belajar kata antonim..tapi itu la realiti nya kini, dulu dan selamanya hehe harap tak selama-lamanya la...kalau jumpa kawan-kawan lama, saudara mara ke, sanak sanudara dan siapa-siapa je la, mesti cakap.." keciknya (nick name)", macam budak sekolah" sobsob sedih kan..rasa dah bosan dengan ayat keramat itu.....dah pelbagai cara  cuba namun tak berhasil jua..aishhh rungsing2, NAMUN!!!   skrg saya ada.....TARAAAAA  GAIN EIGHT, kenapa Eight eh?kenapa tak one two three ke, ten ke eleven ke? Musykil sebentar...Takpela tinggalkan persoalan tu.


Produk dari Ombak Besar...wowww besarnyeee!!

Actually dapat suggestion daripada my mom sendiri, kawan-kawan dan sepupu untuk mencuba produk ni, alhamdulillah setakat ni ok la, baru je habiskan satu bekas dia, kat dalam tu ada 10 sachet x 25g dan harganya RM39.90, boleh dapat diskaun RM 38 sajo. Terdapat dalam dua perisa iaitu coklat dan original. GE ni sebenarnya adalah makanan kesihatan untuk MENAMBAHKAN BERAT BADAN, so mana-mana yang rasa kecik tu boleh la cuba dan lihat hasilnya. Sesuai untuk lelaki dan perempuan.
Produk ini berasaskan soya, nasib baik miss teksi boleh ngam dengan soya-soya ni. Boleh jugak nak telan segelas Gain Eight ni.

Antara formula GE ni, termasuklah protein soya, protein susu, susu skim, oligosakarida, lysine, mineral dan pelbagai vitamin untuk pertumbuhan badan dan membekalkan badan dengan tenaga yang diperlukan badan, InsyaAllah dengan izin-Nya mujarab =)

TAPI jangan lupa juga untuk mengambil makanan tambahan untuk bagi kita cergas sentiasa dan paling penting tak krooh3 ( mengantuk) dalam kelas hehe.


Wednesday, 15 February 2012

I Love You......MAMA

Assalamualaikum semua....dalam kesibukan menjalani kehidupan maktab ni, sampaikan hampir terlupa besday my mom semalam dan semlam lg satu..adesss, berbelit dah ni, sedih sekiranya beliau tahu pasal ni, sori mama...kalau bsday kawan-kawan tu boleh plak ingat, siap buat reminder kat handset dan biasanya budaya kat maktab ni, (biasanya kaum hawa la) asal tepat pukul 12, adalah dengar suara tak  merdu dorang nyanyikan lagu hepi bsday kat member dorang tu, kononya buat surprise la....tp ye la kan cara masing-masing, mungkin tu membahagiakan mereka. (bunyi cam dengki hak3) well semalam 13hb Februari, adalah my mom bsday yg ke..........teeeettt tak boleh bagitahu nanti beliau akan terasa diri dah tua hikhik tak ada la ma, maintain lagi tu.

For my wonderful mom...selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan bak kata aelysa semoga bahagia di bumi dan di akhirat. Ayat sebetulnya semoga bahagia di dunia dan di akhirat. Dan dan dan yang akhir sekali, semoga menjadi ibu, ustazah, superwomen yang baik untuk anak-anak yang manja-manja ni  dan juga di tempat mengajar hehe Insyallah k.ngah balik weekend ni.....yuhuuuu =) LOVE YOU FOREVER MOM!

                                      Selamat Hari Lahir Puan Hajah Badariah Bt Ngah (13/2)

Sedikit cebisan sajak khas buat mama......penat google ni tau (yang ni tipu)..klik je pun

Ohh ibu...
Kasih dan sayangmu harum umpama setanggi syurga
Kan ku semat ia kukuh ke dalam sanubariku
Wajahmu yang bercahaya umpama bulan purnama
Sering menggangu lenaku yang berada di rantauan orang (besut la tu)

p/s: nanti nak belajar lagi buat cup cake yg sodap-sodap lagi cun, haritu buat tak berapa nak menjadi hihi

Monday, 13 February 2012

Kenapa dah usaha tapi tak cemerlang?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


fewww musim kesibukan akan melanda diri kawan-kawan dan miss teksi dengan esaimen yang bertambun dan program-program yang tak pernah nak habis lah kononye.....hari ni konon bersemangat dan berdebar-debar dengan kuiz anatomi dan fisiologi....tutt tutt katanya batal..adesss takpe la sekurangnye jenguk jugak la fail anatomi tu hihi tapi...tapi..harini nukan nak cakap soal anatomi ke, sistem rangka ke sistem otot pelbagai macam tu.....arini nak cerita kenapa kita student yg sangat tak rajin ni selalu je studi, tidur lewat malam time nak exam, kdg2 sampai tak tidur trus tapi still tak cemerlang? pernah tak korang terpikir pasal tu? miss teksi selalu je terfikir sal mende ni...dan jawapan nya ada di bawah..jom tengok

Baiklah…Di sini terdapat beberapa pandangan yang miss teksi kenal pasti  dapat kongsikan mengenai dengan usaha tapi still tak cemerlang. Antaranya ialah :
Hendaklah selalu muhasabah diri
Muhasabah diri ni senang cerita kita kena tahu apa kelebihan dan kelemahan diri kita. Kalau dah rasa terlebuh rajin tu try la senaraikan apa kelebihan dan kekurangan korang. Macam miss teksi sendiri amat dan sangat lah lembap kalau nak faham sesuatu yg baru, kalau lecturer or kawan explain sekali belum tentu faham, dah banyak2 kali baru lah buat-buat faham, dorang pun malas dah nak melayan kan. Tapi jangan lupa, setiap kelebihan dan kekurangan tu adalah anugerah daripada Yang Maha Esa so jangan jadikan alasan yep.
Hendaklah selalu mendekatkan diri kepada Allah SWT
Rajin-rajin la berdoa dan mintak petunjuk dari tuhan, mana la tau kan time khusyuk2 solat tu tuhan bagi petunjuk tajuk-tajuk ape yg masuk exam kan. Selain itu jugak, hati kita menjadi tenang dan suci daripada segala dosa yang mungkin menjadi penghalang untuk kita meraih kejayaan.
Ujian Allah SWT
Haaa yang ni pun penting, kena ingat2 selalu setiap apa yang berlaku ke atas diri kita adalah ujian daripada Allah SWT. Dalam hidup ni pasti akan menghadapi pelbagai cabaran, dugaan dan liku-liku hidup umpama roda yang berputar...haicehh ayat. Adakalanya kita berada di atas dan kadang2 kita di bawah...alaa situasi biasa la tu asalkan kita jangan mudah melatah dan putus asa. Ujian-ujian ni semua adalah untuk kenalpasti siapa antara kita-kita ni yg paling berkualiti dalam menghadapi cabaran dan ujian Allah S.W.T.  Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud :
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).
Ketentuan Allah SWT
Yang last ni, jangan kita lupa pada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada qada’ dan qadar Allah SWT. Segala yang berlaku ke atas diri kita sebenarnya adalah ketentuan Allah SWT. Walaupun kita selalu berusaha bersama-sama dalam pelajaran sampaikan tido pukul 4 ke 5 pagi tetapi mengapa kawan kita selalu dapat apa yang dia nak tetapi kita tak dapat…tell me?? tell me why? grrr...sebabnye Ini semua sudah tercatat pada ketentuan Ilahi. DIA yang Maha Berkuasa segala-galanya. Apabila kita yakin dengan ketentuan ini, nanti hati kita menjadi tenang dan redha serta bersyukur di atas segala pemberian Allah SWT. Insyallah =)
Amboii...pandainye nasihat-nasihat org ni, tp ni semua pun untuk peringatan miss teksi sendiri, kerana saya percaya masih ada masa lagi untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri. Satu hal yang paling penting bagi anda ialah sentiasa BERDOA + BERUSAHA + BERIKHTIAR + BERTAWAKKAL. Insyaallah kita semua akan berjaya dan CEMERLANG di dalam peperiksaan nanti. YAKIN pada diri sendiri. Insyaallah kita akan menjadi seorang pelajar yang HEBAT !!!! Wallahu A’lam.
                                           geng pengajian melayu yg hebat-hebat belake =)



Friday, 10 February 2012

Sehijau Warna Daun

Sehijau warna daun, begitu juge dgn blog ni....bru je menghijau dan masih terlalu muda dalam dunia blogging..semoga mendapat teladan dan ilmu yang berguna daripada secebis perkongsian di sini...Tadaaa